Apr 4, 2009

HIKMAH DI SEBALIK KRISIS EKONOMI DUNIA


Krisis kewangan yang sedang berlaku kali ini bermula di Amerika Syarikat (AS), sebelum menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Krisis kali ini dikatakan menyerupai 'The Great Depression' yang berlaku pada tahun 1930-an yang menjangkaui selama lebih lima tahun. Jika melihat kepada sejarah, penyelesaian ketara hanya boleh dilihat selepas Perang Dunia Kedua apabila banyak aktiviti ekonomi dijalankan. "The Great Depression" hanya dapat diatasi sepenuhnya hanya selepas perang sekitar tahun 1936 dan 1937.

Perbezaan di antara “The Great Depression” dan krisis semasa yang berlaku hari ini adalah “globalisasi”. Sungguhpun Amerika menghadapi krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1930, negara lain tidak turut terlibat disebabkan tiada globalisasi ketika itu. Krisis kali ini adalah disebabkan oleh kemelut global pertama kerana dunia saling berkait daripada segi kewangan. Krisis semasa kali ini bermula di Amerika dan merebak ke negara-negara lain di dunia. Sejak berlakunya kemelut subrima pada akhir 2007 sehingga hari ini, jumlah kerugian aset global dianggar mencecah AS$50 trilion. Ini adalah satu angka yang amat besar dan cukup menggerunkan. Malah, bank dunia juga menyatakan buat pertama kalinya sejak Perang Dunia Kedua, dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi global pada tahun ini.

Krisis ini menular ke Malaysia melalui dua cara- saluran kewangan dan perdagangan. Pada tahun 2008, aliran modal Amerika ke negara-negara membangun hanya berjumlah AS$466 bilion (RM1.7 trilion) berbanding AS$929 bilion (3.5 trilion) pada 2007. Tetapi bagi 2009, jumlah aliran modal bersih dijangka hanya AS$165 bilion (RM623bilion), iaitu suatu pengurangan yang besar. Malaysia terlibat kerana negara bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI inflow). Pasaran bon global juga jatuh teruk. Pada suku kedua 2008, nilai pasaran bon dunia dianggarkan AS$50 bilion menyusut begitu drastik kepada hanya AS$5 bilion sahaja pada suku keempat 2008.

Bagi saluran perdagangan, ia berlaku apabila permintaan global mengalami kejatugan teruk. Eksport Malaysia didapati menguncup 28 peratus bagi suku keempat 2008, menjejaskan Malaysia sebagai negara pengeksport. Sebagai negara yang menjalankan kegiatan perdagangan bersepadu, penguncupan eksport Malaysia secara mengejut amat dirasai. Bukan itu sahaja, komoditi yang kita eksport merudum, harga minyak jadi AS$45 berbanding AS$147 setong, minyak sawit turun mendadak daripada RM4,300 setan pada Mac 2008 kepada RM1,900 setan pada November tahun lalu.

Walaubagaimanapun, apa yang berlaku ini sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri khususnya bagi negara kita Malaysia yang melibatkan kitaran ekonomi (economic cycle). Misalnya hasil daripada krisis pada tahun 1971, Malaysia dapat merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB), semasa krisis 1980-an, Malaysia berjaya melakukan transformasi ekonominya daripada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian, semasa krisis ekonomi tahun 1997/1998, Malaysia berjaya mengukuhkan sistem perbankan negara dan sehingga sekarang kita masih lagi merasa kelebihan-kelebihan yang dibuat akibat daripada krisis-krisi yang dihadapi. Dan bagi hikmah krisis kali ini pula ialah kelebihan Malaysia dalam menjadi pelopor kepada sistem perbankan Islam.

Banyak pihak bersetuju bahawa sistem perbankan Islam dapat memainkan peranan lebih penting daripada sekarang. Malah Pope Benerdict atau Vatican juga mengakui sistem perbankan Islam patut menjadi sistem kewangan yang digunakan pada masa depan. Sebagai contoh, Malaysia telah memulakan pelaksaanaan sistem perbankan Islam secara rasmi sejak 1981. Ini merupakan keistimewaan yang wujud pada Malaysia, meskipun kita berbeza pendapat dari segi politik, tetapi di dalam perbankan Islam kita boleh bersatu.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Powered By Blogger

Ibn Taimiyyah Gallery © 2008. Maintained by sLeMe.

TOP