May 22, 2010

Kajian Ibnu Khaldun Tak Bersandar Kepada Andaian (assumption)


KETIKA seorang budak lelaki yang diberi nama Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun dilahirkan pada 732 Hijrah/1332 Masihi di Tunisia, orang tidak perasan bahawa dia pada kemudian hari akan mempunyai nama terbilang dalam sejarah tamadun manusia. Bahkan ketika beliau yang mempunyai keturunan asal dari Yaman menulis buku agungnya al-Muqaddimah yang di Barat dikenali dengan tajuk Prolegomena dalam usia 36 tahun, beliau sendiri pun tidak pernah menjangka beliau menjadi antara gergasi pelbagai pemikiran dan disiplin ilmu diperakui dunia.

Itulah yang berlaku pada hari ini, budak lelaki yang kemudian meninggal dunia pada 808 Hijrah/ 1406 Masihi di Mesir itu, sumbangan keilmuwannya dalam pelbagai bidang diperakui dunia. Sehingga sesetengah penulis mengatakan bahawa Ibnu Khaldun dianggap sebagai pelopor aliran ilmiah dalam ekonomi moden dan juga tokoh yang mula-mula menyeru kepada sistem ekonomi bebas. Dalam bukunya di atas yang menjadi pendahuluan kepada kitab besarnya, al-‘Ibar yang mengandungi 6 jilid, dibahas kajian ekonomi yang berkaitan dengan demografi, kegiatan ekonomi, hasil kekayaan, pengeluaran, harga, penawaran, permintaan, pertumbuhan penduduk, pembentukan modal, pembiayaan awal dan kitaran perniagaan. Maka tidak hairanlah ada yang berani menyatakan bahawa buku ini disamakan dengan The Wealth of Nations karangan Adam Smith yang datang 300 tahun kemudian. Sedangkan dalam al’Ibar, Ibnu Khaldun membincangkan persoalan ekonomi yang berkaitan dengan masalah pemakanan, perkembangan masyarakat desa dan kota, pengertian rezeki, nafkah dan soal ekonomi umumnya.

Dengan usia yang panjang sampai 87 tahun, Ibnu Khaldun banyak merantau di Afrika Utara dan Andalus. Beliau berpindah ke Algeria, Fez (Maghrib), Granada dan Mesir. Antara jawatan yang pernah dipegangnya selama meniti kerjaya adalah Setiausaha Negara, Anggota Majlis Ilmiah, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit, Duta Granada, Perdana Menteri Bougie, Ketua Hakim Mesir.

Ibnu Khaldun sangat tekun belajar untuk mencari ilmu, berjiwa pemimpin dan memiliki daya kreatif yang tinggi. Ini semua dibuktikan dalam hasil tulisannya. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang.

Pemerintah juga melaksanakan kepemimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan.
Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri sendiri.

Kajian dan tulisan Ibnu Khaldun tidak bersandarkan kepada andaian semata. Malah ia berdasarkan kepada kajian empirikal sehingga membuat kajian dan tulisannnya itu lebih diterima oleh ilmuwan lain dari dunia bukan Islam.

Muhammad Hilmi Murad (1962) secara khas telah menulis sebuah karya ilmiah bertajuk Abul Iqtishad: Ibnu Khaldun (Bapa Ekonomi: Ibnu Khaldun). Dalam kajian ini dibuktikan secara ilmiah oleh penulisnya bahawa Ibnu Khaldun sebagai pengasas pertama ilmu ekonomi secara empirikal. Karya berkenaan disampaikannya pada simposium mengenai Ibnu Khaldun pada 1978 di Mesir.

Sebelum Ibnu Khaldun, kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, ada kalanya dikaji dari perspektif undang-undang, moral dan ada pula dari perspektif falsafah. Karya mengenai ekonomi oleh ilmuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, kerana pemikir zaman pertengahan memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan undang-undang.

Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi masyarakat dan negara secara empirikal. Dia menjelaskan fenomena ekonomi secara aktual. Sebagai contoh, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa apabila barang (yang dibawa dari luar) sedikit dan berkurangan, harganya akan naik. Sebaliknya, apabila negeri berdekatan dan perjalanannya selamat, akan terdapat ramai (peniaga yang) akan mengangkut barang, oleh itu barang akan berlebihan dan harga akan jatuh.

Usaha kerjasama tidak bermaksud untuk tujuan monopoli. Islam tidak memandang monopoli itu sesuatu yang baik, kerana monopoli lebih bertujuan memeras dan menyekat kebebasan pasaran. Oleh itu, Ibnu Khaldun menganggap bahawa monopoli perdagangan dan pertanian hanya akan menghancurkan ekonomi, bukannya membangunkannya.

Ibn Khaldun, menurut Boulokia (1971) dalam tulisannya “Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist” menemukan sejumlah besar idea dan pemikiran ekonomi fundamental, beberapa abad sebelum kelahiran rasminya (di Eropah). Dia menemukan keutamaan dan pentingnya suatu pembahagian kerja sebelum ditemukan Smith dan prinsip mengenai nilai kerja sebelum Ricardo

Feb 18, 2010

RX Water :Terapi Air Penyembuh Aura

Konsep Perawatan RX water

Rahsia utama RX water adalah pada kartrij terakhir yang menghasilkan air yang beraura sehingga dikategorikan sebagai air penawar, bukan sekadar air hidup.

Penggubah aura mampu membantu kesan penyembuhan penyakit melalui peningkatan tenaga air, kandungan oksigen terlarut, kapasiti membawa nutrein, komunikasi antara sel dan kelajuan perpindahan maklumat.

Sebelum Selepas

Penyegar Vortexian nya pula memecahkan lagi molekul air kepada gumpalan kecil untuk meningkatkan penyerapan oleh tubuh badan.

Bahan liat Kalsium yang diionkan membantu menambah rasa air.

Di dalam badan pula RX water berfungsi untuk mengeluarkan toksin, menyeimbangkan & mengharmonikan homeostasis, pembaikan, perlindungan dan pengendalian fungsi-fungsi selular serta meningkatkan imuniti melalui konsep pemindahan Aura yang telah diaktifkan seterusnya memberikan kesan bio penyembuhan.

Menghasilkan air yang mempunyai kuasa ‘Hado’ yang tinggi

Air yang mampu menyembuh dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Tidak menggunakan tenaga elektrik untuk kos tambahan atau menyebabkan air mempunyai kesan magnetik yang tinggi.

Sebenarnya, terdapat lebih 50 sebab kenapa mesti menggunakan air yang bersih? Antaranya;

Untuk membuang toksik yang terkumpul dalam badan

Untuk melancarkan pergerakan sendi-sendi

Untuk proses penghadaman makanan

Menyeimbangkan suhu badan

Membersihan asid yang terhasil sebagai sisa metabolisma tubuh

Penggunaan RX water juga terdapat di:


1. Istana N.Selangor - 7 unit
2. Istana N.Johor - 13 unit
3. Istana N.Kedah - 8 unit
4. Kediaman P M - 2 unit
5. Kediaman Men.Kesihatan - 2 unit
6. Kediaman MB Kelantan - 1 unit
7. Beribu-ribu orang guru dan banyak lagi…



Ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kelebuhan RX-Water, sila rujuk website berikut:
http://www.rx-water.com/malay/mengenai.html

Powered By Blogger

Ibn Taimiyyah Gallery © 2008. Maintained by sLeMe.

TOP